Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Jumaat, 1 Februari 2013

Cara efektif menjalankan PBS Matematik

Salam kepada semua warga guru-guru.

Shaz ingin bertanya guru-guru yang sedang menjalankan PBS tentang cara yang tidak membebankan kita sebagai guru dan tidak membebankan pelajar.

Tahun ini, kami rakan-rakan guru tingkatan 1 telah menukar sedikit cara pelaksanaan PBS. Tahun 2012, 100% soalan PBS kami cetak dan diperbanyakkan. Kemudian soalan-soalan tersebut dikepil mengikut bab. Ada guru yang beri soalan setelah selesai mengajar keseluruhan bab, ada guru yang beri soalan setelah selesai mengajar setiap topik.

Macamana pun kaedah, akhir tahun lepas kami ibarat makan kertas PBS, tidur kertas PBS, mimpi pun kertas PBS kerana terlalu banyak kertas PBS yang perlu disemak dan difailkan. Lebih-lebih lagi, almari penyimpanan fail PBS TERLEWAT disediakan atas sebab-sebab tertentu.

Tahun 2013 pula, setelah rakan-rakan guru terlibat dengan kursus PBS tingkatan 2, kami dimaklumkan ada penambakbaikan dan kelonggaran berbanding PBS tingkatan 1. Jadi cara terbaru kami pula begini  -:

  1. Eviden terbaik dan terkini, kami siap-siap perbanyakkan mengikut bab. Semuanya hantar kedai kerana pihak sekolah tidak izinkan kami guna kertas dan mesin sekolah. Kos hantar kedai ditanggung sepenuhnya oleh setiap panitia. Bermakna soalan-soalan adalah selaras bagi semua kelas.
  2. Eviden lain, kami minta pelajar sediakan satu buku latihan khas untuk PBS yang dinamakan buku 3. Setiap kali menjalankan PBS, pelajar perlu salin KOD evidens, tulis tarikh dan juga salin soalan. Buku tersebut disimpan oleh pelajar sendiri. Soalan tidak selaras dan bergantung kepada 'citarasa' guru yang mengajar kelas terbabit.
Begitulah yang kami lakukan. Setakat ini masih terkawal. Al-maklumlah sebab baru sebulan persekolahan. Jika kelas bijak-bijak memang tiada masalah. TETAPI kelas hujung, Shaz belum jalankan PBS (yang guna buku) kerana sampai sekarang, ada lagi yang perlu serahkan buku latihan PBS. Hajatnya, Shaz nak simpan sendiri buku 3 kelas hujung ni bagi mengelakkan alasan "buku hilang" dan "terlupa bawa buku"

Dalam istilah terkawal itu, penggunaan buku latihan ada juga kekangan iaitu -:
  1. pelajar tidak siapkan PBS -Apabila buku dikutip untuk diperiksa di dapati mereka buat sekadar ala kadar je. Soalan tidak salin ataupun hanya buat 1 @ 2 soalan je. Kesimpulannya memang tidak lengkap. Itu masalah yang dialami di kelas 1A iaitu kelas pertengahan. 
  2. Pelajar tertukar buku- Matematik perlu ada 3 buku iaitu buku 1, 2 dan 3. Walaupun dah dinyatakan buku 3 untuk PBS tetapi ada juga yang tidak faham @ buat-buat tidak faham.  Mereka campuraduk latihan-latihan. Jika tertukar buku 1 dan 2 boleh lagi, tapi buku 3. Kononnya kami guru-guru inginkan sistem yang sistematik... tapi bila pelajar buat campuraduk, hilang sudah sistematik tu. 
  3. Buku hilang- Belum terjadi lagi tetapi itulah yang tak mahu berlaku sebab kes buku hilang bukan je kelas hujung yang buat, kelas pandai pun ada yang hilang buku. Walaupun dikatakan evidens yang siap ditanda boleh dipulangkan kepada pelajar selepas ditandakan online tetapi evidens dalam buku itu la saja bukti yang ada. Jika buku hilang, mungkin Shaz terpaksa meminta pelajar salin semula semua PBS yang telah dibuat.
  4. Lupa bawa buku- Sudah berlaku di kelas 1A pelajar lupa bawa buku 3 pada hari PBS dijalankan. Minta dia salin di kertas dengan syarat balik salin di rumah. TAPI hampeh, kertas hilang. Dalam buku tak ada salin pun.

Evidens terbaik dan terkini yang dimaksudkan adalah yang terbaik bagi setiap deskriptor. Contohnya dalam bab 2 tingkatan 1

B2D2E1 (evidens ini dibuat di buku 3 dan soalan tidak selaras bagi semua kelas)
B2D2E2 (evidens ini dibuat di buku 3 dan soalan tidak selaras bagi semua kelas)
B2D2E3 (evidens ini dibuat di buku 3 dan soalan tidak selaras bagi semua kelas)
B2D2E4 (evidens terbaik dan terkini. kerana E4. Evidens ini dibuat selaras bagi semua kelas)

 Kepada guru-guru yang ada cara yang lagi bagus atau apa-apa cadang sila tinggalkan komen yer. Harap perkongsian ini dapat meringankan tugas kita semua.





 

8 ulasan:

  1. Salam ckgu shaz... saya pun mempraktikkan apa yg ckgu dn rakan2 buat. setiap deskriptor yg nk masuk fail buat dlm kertas. yg selain dr tu buat dlm buku PBS ( so dpt jimat kertas + RM :). Utk soalan yg buat dlm buku PBS,sy taip solan & kecilkan font (dlm 1 paper A4 bleh dpt byk soalan). soalan yg nk diberi pd hari trsbt dipotong dn murid tmpal dlm buku ( jimat masa menyalin, elak salin soalan salah, murid hanya cari jawapn)Tp costly sikit laaa..:) Tq utk prkongsian...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam...terima kasih atas pgkongsian cikgu sherry. setakat ini, semua soalan shaz mitak pelajar salin.sebab soalan pendek2. mungkin untuk bab lain yg ada rajah dan gambar. shaz akan fotostat soalan dan pelajr tampal di buku pbs mereka. terima kasih byk2 yer

      Padam
  2. cikgu Shaz, kami baru download DSP MATH FORM 2, terbitan Feb 2013, DARI 134 EVIDENS dah jadi 106 evidens... sekarang nih pening nak ikut yang mana sebab kalau ikut dsp baru tu, banyak evidens sebelum nih chapter 1,2,3 dan bertukar band...... any opinion and suggestion... lagi pening sebab kitorang dah siap2 riso borang individu, borang kelompok, evidens ikut draf DSP..... adoiiiiiii.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. agak lewat jika cikgu baru download dsp math yg baru tu sebab kalau tak silap dsp tu dikeluarkan tengah bulan lepas.

      cikgu2 form2 sekolah shaz buat semula semua borang dan evidens. tak pe. belum lewat lagi buat semula jika banding dgn last year lagi lewat.

      Padam
  3. yup..saya pn guna cara ni..kami guru2 math sediakan buku khas utk pelajar jawab salin dan pbs..
    so...smpi evidens tertinggi yang mampu di kuasai kelas tersebut..barulah kami cetak soalan..mmg lebih mudah untuk diuruskan...dan buku2 pbs disimp[an sendiri oleh guru2..contohnye saya mengajar 5 buah kelas,..bererti...kelima2 kelas nbuku pbsnye ada sya simpan..(itu belum dikira buku latihan yang perlu disemak..heheheee

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai fiza....

      shaz tak simpan buku pbs kelas yang bijak2...kelas yang hujung je shaz simpan sebab risau mereka hilangkan.

      Padam
  4. salam..Sekola kami guna kaedah ni untuk subjek geografi. Part math pulak, kitorg guna buku kerja PBS dan fail. Bila eviden dah siap tanda, masukkan dalam fail. Memang mudah dan praktikal. Tapi b4 dapat guna buku kerja tu, mmg bertekak ler dengan pengetua sebab pengetua tak bagi guna buku kerja. Tapi math ni banyak evidens, so mmg buang masa bila budak salin kod eviden dan buat latihan dlm buku. Lagi cepat ada buku kerja. Tentang pelaksanaan pulak, lepas ajar sesuatu topik, terus buat PBS. Alhamdulilah, setakat ni dah nk habis chapter 5 form 2 termasuk dgn PBS ;)

    BalasPadam
  5. Ada kah pemetaan DSP Math Tingkatan 2 yang ikut Bab Buku Teks?

    BalasPadam

Tinggalkan komen jika sudi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen