Ramai yer orang yang tak puas hati dengan cikgu-cikgu ni. Alhamdulillah.
Apa yang Shaz nampak, dia ini terlalu berbangga dengan dirinya yang kononnya lagi hebat dari guru dan lagi pandai bahasa Inggeris dari guru. Tapi sayang, ayat bahasa Inggeris pun tak berapa nak betul jugak.
Isi-isi penting.
- Guru bergaduh dengan suami/kekasih etc dan melepaskan geram kepada pelajar.
- Guru kurang ajar.
- Guru tak tahu berkomunikasi dengan ibubapa
- Guru melayu tak pasti cakap bahasa Inggeris
- Guru bahasa Inggeris salah menggunakan bahasa Inggeris
- Guru asyik bergosip
- Guru berniaga barang Cosway, Avon etc
- Guru selalu MC
- Guru selalu mengandung semata-mata kerana cuti bersalin 3 bulan
- Guru makan gaji buta
- Kerajaan buta (kerana beri guru cuti bersalin yang lama)
- Ibubapa tak percayakan guru dan hantar anak ke pusat tuisyen (doktor ke yang mengajar di pusat tuisyen? )
- Ramai kawan guru dan kawan-kawan guru BELIAU yang menyampaikan semua informasi di atas.
ORANG SALAH FAHAM DENGAN CIKGU
Orang ingat cikgu adalah malaikat dan cikgu itu maksum sedangkan cikgu juga adalah manusia biasa yang ada hati, perasaan, sikap dan sifat yang pelbagai. Cikgu bukan sempurna tetapi cikgu cuba berikan yang terbaik mengikut akujanji yang telah kami ikrarkan.
KAMI BUKAN 100% SEMPURNA DAN KAMI TIDAK BOLEH JADI 100% SEMPURNA
entah lah.... ...kalau sorang dua mungkin tak jadi isu tapi agaknya dah terlampau ramai bekelakuan 'sebegitu' maka timbullah soal tak puas hati di kalangan ibu-bapa.. tepuk dada tanyalah selera ya cikgu.. semoga cikgu tidak termasuk dalam golongan yang 'dimaksudkan'.
BalasPadamsaya rasa nurul ain tu ada masalah tak boleh terima bila guru menegur anak dia. sebab ada statement dia yg kata dia tahu displinkn anaknya. tp dia patutnya siasat dulu dr terus melatah sebab budak2 ni kdg2 kt rumah lain kt sek lain. mcm kes kt sek saya bila guru lapor kat mak dia kata anaknya ada masalah sosial. ibunya terus marah mengatakn dia tahu anak dia dan macam-macam lagi. jd gurulah yg bersalah baginya. beberapa lama kemudian anaknya telah disahkn mengandung. siapa yg rugi dan malu? sepatutnya siasat! bukan niat guru memburukn anaknya tetapi untuk membendung!
BalasPadamApapun yang ditulis tu pendapat dia..maaf kan lah dia sebab dia tulis tanpa dia berada di tempat seorang guru...mungkin ada yang betul apa yang dia tulis bedasarkan pandangan dia semata-mata..kadang2 para suri rumah ni dia menganggap guru ni pun mcm malaikat,..pengalaman saya sendiri sebelum menjawat jawatan saya sekarang pernah menjadi guru ganti selama 2 bulan...dan sekarang saya bersyukur dapat kerja sekarang sebab x sanggup nak jd guru...bebanan yang hanya kaum guru memahami...x nampak pd mata kasara tetapi sape2 yang alami faham tugas guru...kerja yang x pernah ada kesudahannya...tabik spring tuk cikgu2 semua...
BalasPadamsebagai guru kita perlu bersikap profesional dan tidak cepat melatah apabila dihina dan dipandang rendah oleh makhluk spt nurul ain ni.Asal saja kita tidak melakukan spt yg dituduh oleh makhluk ni cukuplah... Allah maha mengetahui niat seseorang itu. Wahai para guru bersabarlah dengan segala tohmahan ini ketahuilah anda bhw tugas seorang guru amat mulia....semoga kita dirahmati selalu dengan tugas murni ini...amin.
BalasPadamJangan guru2 pun meroyan mcm dia...buruk bebenor. Ikhlaskn hati bekerja kerana Allah dn jgn curi tulang. Be profesional (betul ke ejaan aku ni...i m not an english teacher)...insyaallah berkat rezeki dn hidup.
BalasPadamWtpe krajaan byr gaji mahal2 klu bhase pengantar paling pnting dlm dunie pun gagap nk ckp??guru ke tu??klu xreti ckp english wlupun kau guru sejarah adalh pkare yg amat2 memalukan.
BalasPadamkerajaan bayar gaji mahal (mahal ke?) bukan kerana mahirnya cikgu tu berbahasa inggeris wahai puan/encik yg kurang beradab di atas. Tapi kerana besarnya tugas cikgu sebagai pendidik anak bangsa, melahirkan bangsa yang beradab mulia (mungkin puan/encik dulu x sekolah kerajaan kot @ mak bapak ajar kt rumah) serta melahirkan pemimpin negara masa hadapan.... di harap puan/encik di atas gunakan akal yang Allah bagi sblum mengeluarkan kata-kata. Org yang mahir berbahas inggeris (seperti puan/encik) tidak semestinya berakhlak mulia... Puan/encik telah buktikan di atas...sekian, terima kasih
BalasPadam