Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Isnin, 2 April 2012

Sistem Belanjawan Diubahsuai


a.      Nyatakan dua prinsip asas dalam Sistem Belanjawan Diubahsuai?
b.      Apakah yang hendak dicapai dengan terlaksananya sistem ini?

Jawapan

1.Pengenalan
Sistem Belanjawan Di ubahsuai telah diperkenalkan pada tahun 1989 dan tiga Kementerian Perintis untuk melaksanakan sistem ini. Kementerian-kementerian tersebut ialah
            (a)        Kementerian Kesihatan Malaysia
            (b)        Kementerian Kebajikan Malaysia
            (c)        Kementerian Kerjaraya

2.Tujuan
Tujuan utama sistem belanjawan ini diperkenalkan ialah:
            (a)        Untuk membantu memeperteguhkan lagi ekonomi negara melalui agihan
                        sumber yang lebih baik dan teratur
            (b)        Untuk mencapai perbelanjaan seimbang (balanced budget)
(c)        Untuk membantu meningkatkan kemajuan pelaksanaan Sistem Belanjawan Program dan prestasi (SBPP)
(d)       Untuk membantu pengurus program meningkatkan lagi prestasi program
(e)        Untuk memudahkan dan meningkatkan akauntabiliti para pengurus.

3.Kesan pelaksanaan sistem MBS erlaksananya sistem belanjawan ini
            (a)        Agensi pusat tidak perlu lagi mengawas secara terperinci perbelanjaan
                        agensi pelaksana.Sebaliknya mereka boleh  memberi tumpuan kepada
                        perancangan dan pengukuran prestasi agensi pelaksana dan
(b)        Agensi pelaksana mempunyai kuasa yang lebih luas untuk mengurus program dan aktiviti mereka.Oleh itu,kelewatan melaksanakan sesuatu
            program / aktiviti dapat dielakkan.

4.Prinsip
a. Dua prinsip asas dalam Sistem Belanjawan Diubahsuai ialah:
  1. Kuasa membuat keputusan perlu diberikan seberapa praktikal yang boleh kepada peringkat bawahan.Peringkah bawahan adalah individu yang akan melaksanakan dan menjalankan sesuatu aktiviti dalam sesebuah organisasi. Mereka lebih memahami dan mengetahui cara yang sepatutnya dijalankan bagi memantapkan organisasi.
  2. Kuasa yang diberikan mesti bersesuaian dengan prinsip akauntabiliti Pengurusan Kewangan. Menurut prinsip ini Pengurus Kewangan perlulah melaksanakan tugas atau beban kerja yang diberikan bagi memastikan  matlamat dan objektif yang di berikan tercapai.Untuk mencapai objektif tersebut,Pengurus Kewangan perlulah mengetahui selok beloktugas tersebut di ssamping mempunyai keupayaan melaksanakan tugas tersebut.

5.Matlamat
b. Dengan terlaksananya Sistem Belanjawan Diubahsuai ini organisasi akan dapat:
i.                    Agensi pusat tidak perlu mengawas secara terperinci perbelanjaan agensi pelaksana.Ini kerana agensi pelaksana lebih memahami dan mendalami bidang tugas yang mereka jalankan.
ii.                  Tumpuan Agensi Pusat lebih kepada Perancangan dan Pengukuran Prestasi.Agensi pusat perlulah sentiasa peka dengan tahap pencapaian yang dijalankan oleh pengurus bawahan.
iii.                Agensi Pelaksana mempunyai kuasa yang leih luas untuk mengurus program dan aktiviti mereka.Sekiranya Pengurus bawahan diberi tugas untuk menjalankan aktiviti dengan akauntabiliti yang diberikan maka program dapat dijalankan dengan meluas.
iv.                Prinsip ”Let Managers Manage”yang memberi kuasa lebih luas kepada pengurus peringkat bawahan untuk melaksanakan sesuatau projek yang akan dijalankan.
v.                  Kelewatan pelaksanaan sesuatu program atau aktiviti dapat dielakkan


Kesimpulan

Sistem Belanjawan yang di ubahsuai(MBS) di buat kerana kerajaan menyedari bahawa sistem pengurusan kewanganterutama sesekali perbelajaankerajaan mesti dirancang dan dikawal dengan teliti kerana ia mempunyai kesan yang besar ke ats ekonomi negara dan kehidupan rakyat.Di samping itu keraan juga menyedari bahawa untuk mempastikan objektif negara dapat dicapai dengan lebih cepat maka kuasa untuk membuat keputusan berkaitan dengan sesuatu program patut diberikan kepada pengurus-pengurus bawahan seberapa luas dan praktikal yang boleh agar kelewatan pelaksanaan projek dapat dielakkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen jika sudi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen