Ada lagi ke cikgu-cikgu yang belum siap isi markah Segak pelajar?
Ada masalah tak?
Shaz nak kongsi cara untuk cikgu-cikgu yang tersalah taip berat,tinggi, atau dapatan Segak pelajar masing-masing.
Caranya -:
1. Non Akademik : Cikgu klik pada Murid, Batal dan cari nama pelajar yang telah tersilap tu.
2. Klik icon Batal pada hujung nama pelajar tersebut.
3. Satu pop up windows akan keluar dan tanya sure atau tidak.
4. Klik Ya.
5. Tunggu loading.
6. Sekali lagi, cikgu klik pada Murid.
7. Ambil daftar dan daftarkan semula pelajar yang telah cikgu batal tadi.
8. Ambil menu Segak, cari nama pelajar tersebut dan cikgu boleh key in semula maklumat yang baru.
Sekian,
Selamat Menyambut Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.
Dicedok dari SPPBS | PERHATIAN : Dimaklumkan bahawa tarikh akhir kemasukan Pelaporan SEGAK bagi Penggal 1 telah dilanjutkan dari 15 Ogos ke 31 Ogos 2012 manakala untuk Penggal 2 ialah pada 30 September 2012. Sekian. Terima kasih. - LP | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tinggalkan komen jika sudi