Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Rabu, 11 April 2012

PBS Matematik Tingkatan 1 - Bahan dan langkah

Bahan yang perlu guru ada untuk menjalankan PBS Matematik adalah -:
  1. Dokumen Standard Prestasi
  2. Senarai Semak Kelas
  3. Senarai Semak Individu
  4. Evidens (soalan)
Langkah-langkah menjalankan PBS adalah seperti berikut -:
  
  
  

56 ulasan:

  1. Like sangat 2... Soalan siapa kena buat ?...kp kena buat ke ?

    BalasPadam
  2. kalau KL, soalan-soalan sudah dibuat oleh jurulatih sekolah semasa kursus. semua soalan sudah digabung dlm 1 folder dan tugas ju sekolah edarkan soalan kepada guru-guru form1. di sekolah Shaz, Shaz cadangkan KP buat jadual penyelarasan soalan. kami ada 6 guru math form 1, jadi 1 guru math selaraskan 2 bab. tugas selaras ni adalah print soalan n perbanyakkan utk 1 tingaktan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalam..sori nk mnybuk jap..leh x klo nk copy idea kat atas tuh..fail pbs sy mcm bdak2 la.cikgu punya nmpak lebih bernas dan jitu ayatnya..plus leh x share kan soalan eviden. sy wat bru dua bab da rs nk pengsan..huhu...please...tq n sori..

      Padam
    2. waalaikumsalam daripada saya satu hari sudah 4bab

      Padam
  3. Terima kasih ckgu shaz...sangat2 membantu....kalau sekolah belum tetapkan bilangan fail bagi pelajar ( 1 utk semua atau 1subjek satu fail)...apa yang kp boleh lakukan...perlukah minta guru sediakan fail sementara ? Seawal mana fail perlu disediakan ? Terima kasih ...

    BalasPadam
  4. izinkan makngoh menyampuk sebab makngoh pun telibat dengan pbs ni. rasanya semua sekolah memang belum tetapkan fail sebab mesyuarat pbs 1 belum dijalankan.

    makngoh cadangkan 1 fail pelajar utk 1 subjek buat sementara waktu ini (sebelum meeting dijalankan). jika mahu jadikan itu sbagai fail sementara pun boleh, atau mahu kekalkan fail begitu pun tak mengapa. tujuan lembaga peperiksaan syaratkan 1 fail 1 pelajar utk semua subjek adalah tujuan penjimatan sahaja. jika sekolah dan pelajar mampu sediakan 1 fail 1 pelajar utk 1 subjek sebenarnya itu lagi bagus utk penyelenggaraan. byk subjek 1 fail mungkin akan mendatangkan masalah jika pengurusan fail tidak teratur.

    sebolehnya fail tersebut sudah disediakan sekarang. dan jangan lupa juga sediakan fail showcase. sekolah makngoh buat 1 fail shoecase utk 1 guru math. Guru math masukkan evidens terbaik bagi semua kelas yg diajar.

    pastikan juga bilik fail disediakan. itu tempat perkampungan nazir :)

    BalasPadam
  5. Teima kasih banyak2 mak_ngoh....sekarang ni KB saya sedang menyuruh cikgu2 buat soalan Form 1...termasuklah KP dapat 2 Bab...tu yg saya tanya..sedangkan KP tak ngajar pun tingkatan 1....

    BalasPadam
  6. seeloknya semasa kursus pbs math, guru-guru math sudah buat evidens tu. kemudian kumpul dan edar kepada guru2 lain. itu yg dibuat di KL. kalau shaz jadi kp, shaz tak buat evidens tu...biarlah org yg mgajar form 1 yg buat sbb mereka lg faham dan masak dgn soalan2 tu. mungkin sbb kekurangan guru math form 1, jadi guru lain diminta menolong itu xtau la.

    dengar kata lain negeri memang lain cara. paling pelik ada negeri yg lain cara tafsir band. beri band ikut sikap pelajar. mungkin mereka telah faham tentang istilah adab yg ada dlm band.

    apa-apa pun, ini tahun permulaan dan tahun perintis. mmg kita takkan dapat 100% terbaik tetapi kita boleh beri 100% usaha. :)

    BalasPadam
  7. Cikgu sazz...nak tanya...harap2 boleh jawab..
    1.Berapa lama eviden nak masuk dlm fail perkembangan pelajar tu...

    2. Fail showcase ...yg saya faham kena buat satu je..ambik yg terbaik dari satu tingkatan atau dari 1 kelas...ambik setiap evident terbaik atau evident terbaik dlm 1 bab...

    3. Bolehtak semua eviden dlm bab 1 buat laksanakan sekali gus...1 muka buat 3 eviden ke..nak jimat kos..

    BalasPadam
  8. shaz tak pandai sgt, tapi shaz bagitau apa yg shaz faham...kalau salah maaf ye.
    1. eviden itu disimpan dalam fail perkembangan pelajar sehinggalah penjaminan kualiti dibuat. kalau penjaminan kualiti telah dibuat, evidens boleh diserah kpd pelajar semula. digalakkan pjaminana kualiti dibuat sebulan sekali...atas kerajinan pihak petadbir.

    2. memang betul fail showcase tu buat satu sahaja. mengikut arahan sebetulnya 1 fail showcase utk semua subjek utk semua eviden terbaik dari satu tingkatan. ambil setiap eviden terbaik satu kod evidens pilih 1 terbaik.

    tetapi sperti makngoh cakap n yg shaz buat juga....kami buat 1 fail showcase utk 1 orang guru math. jika guru itu ajar 4 kelas form1,,,jadi evidens terbaik dari 4 kelas itu dipilih dan dimasukkan dlm showcase di bawah kendalian guru itu. itu tidak salah sebab itu atas kerajinan guru masing-masing. ini bermakna 1 orang guru math ada semua evidens terbaik ikut kod evidens dari 4 kelasnya.

    tunggu sehingga pemantauan dan tengok komen mereka. jangan risau sebab ini tahun pertama,,, kita memang takkan dapat menjayakan pbs 100% tetapi kita boleh beri 100%.

    3. evidens dalam 1 bab boleh dilaksanakan sekaligus dengan syarat pada hari yg sama dan pelajar tidak bawa pulang ke rumah.

    tidak boleh 1 page 3 evidens. mesti 1 eviden 1 page dengan sekurang-kurangnya 3 soalan. tetapi boleh print depan belakang...itu pun mesti dijalankan pada hari yg sama. bagi mengelakkan soalan bocor.

    sebenarnya jika mahu jimat kos, boleh guna buku latihan biasa tetapi khaskan untuk pbs. masalah buku ialah pelajar kena salin soalan.

    harus diingat, jika ramai pelajar salah walau 1 soalan dari 1 eviden...guru mesti mengulangi P&P dan kemudian menjalankan PBS tersebut sekali lagi.

    pelajar tidak boleh tiada band

    BalasPadam
  9. Terima kasih di atas perkongsian maklumat ini, teruskan usaha cikgu semoga mendapat keberkatan di dunia & akhirat.

    BalasPadam
  10. 1 eviden kena ada at least 3 soalan ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer. itu yang diberitahu. tetapi bgantung kepada cikgu la macamana

      Padam
  11. salam..cikgu shaz, saya cikgu aidylla..nak tanya kalo dari 3 soalan untuk 1 eviden tu pelajar salah satu soalan dari 3 soalan tu...dikira pelajar capai ek eviden tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kami diberi taklimat bahawa kalau pelajar betul 1 soalan sahaja pun dah dikira menguasai eviden tersebut.. apa pendapat cikgu shaz ye?

      Padam
    2. aah..betul tu cikgu...kalau tidak salah saya, mengikut taklimat pbs yg diberi pelajar betul 1 soalan pun dikira mencapai eviden tersebut.

      Padam
  12. salam...sy difahamkan pelajar perlu betul semua soalan baru boleh dikira menguasai eviden tersebut. kalau salah, boleh bagi soalan (yg salah tu) minta pelajar buat semula dan staple kan bersama kertas eviden asal.

    tetapi sebenarnya itu atas guru sendiri sbb kita yg kenal pelajar kita. kalau beri 10 soalan, dan pelajar salah 1 jer....bagi sy pelajar tu dah boleh dikira menguasai eviden diberi.

    DAn kalau ikut logik , andai kita beri 3 soalan dan pelajar hanya betul 1 soalan. bermakna hanya 1/3 pelajar betul bukankah itu bermakna pelajar belum kuasai? lainlah kalau 2/3 mungkin boleh diterimanya.

    kalau nak maklumat lanjut, boleh bhubung terus dgn JU KL di facebook carian : PBS Math JPWP

    BalasPadam
  13. Cikgu Shasaz...

    Adakah PBS perlu dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum atau ia hanya dibincangkan dalam mesyuarat AJK PBS...Saya adalah KP dan tidak mengajar ting 1, saya mendapatkan maklumat PBS dari JU tingkatan 1, dan melayari internet. Selebihnya tidak mendapat meklumat dari JPN ataupun sekolah.

    Apa yang dapat saya lakukan adalah, memastikan maklumat yang disampaikan kepada guru tingkatan 1 telah disampaikan, memastikan soalan direso dan PBS berjalan, mengingatkan ahli panatia ting 1 untuk melaksanakan terus PBS.

    Apakah ada tugas-tugas lain yang telah disenaraikan oleh JPN kepada Ketua Panatia dalam perlaksanaan PBS ini ?...sekiranya ada kenapa maklumat tersebut itu tidak sampai ? Kenapa JPN tidak memanggil KP untuk diberi taklimat ?...

    Sekiranya saya perlu menyediakan laporan mengenai PBS apakah kandungan laporan tersebut.

    Saya berterimakasih sangat-sangat sekiranya Cikgu dapat membantu saya. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Jika soalan ini perlu dipertanyakan kepada JPN, terima kasih jua cikgu sebagai perantara. Sekian

    BalasPadam
  14. salam,

    meeting PBS perlu buat 4x setahun. mengenai pbs dlm meeting kurikulum tak pastilah macamana. bergantung pd keperluan sekolah. rasanya tidak salah. tetapi minit mesti ada.

    tugas kp (yang Shaz tahu)
    1. mentor dalaman utk pbs
    2. menyelaras eviden
    3. memantau pjalanan pbs.
    4. borang2 seperti senarai semak individu n kelas (ada kp yg buat, ada jup yang buat. sekolah shaz, jup yang buat)
    5. jadual dan giliran buat eviden (patutnya KP buat, tapi ada JUP yang buat)
    6. penjaminan kualiti
    7. lain-lain atas arahan pentadbir.

    selain tu, KP mesti ada semua bahan kursus JUP termaasuk CD dan minta JUP tu buatkan minit curai dan inhouse training. Urusan inhouse training bawah KP. JUP bagi taklimat shj. Bila dah dapat bahan, rujuk slaid mengenai penataran pengoperasian PBS. Ada dalam tu sedikit kaedah cara PBs beroperasi di sekolah.

    Shaz tidak tahu mengenai laporan PBS sebab masa taklimat, kami tidak diberitahu mengenai apa-apa laporan dalam PBS. Maaf yer.

    Itu sahaja yang Shaz mampu Shaz. Kalau ada salah info dan kekurangan info maaf ye.

    BalasPadam
  15. Cikgu shaz..... apa tu senarai semak kelas?? tak faham la...n evidence 2 untuk lampiran la jg ni kan??

    BalasPadam
    Balasan
    1. evidence lampiran tu mcmana?
      senarai semak kelas tu senarai nama pelajar cikgu..cikgu tick pada band jika pelajar tu boleh buat. bagilah emel, shaz cuba send contoh.

      Padam
  16. cikgu shaz..ade x bahan instrumen yang boleh di sharekan. sy terpksa buat soalan instrumen sendri..xde guru lain yang mmbantu.jadi rs mcm kurg yakin dengan soalan yang sy pilih samada menepati atau tidak aras utk diuji

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam cikgu...adakah cikgu JUP sekolah? kenapa cikgu kena buat sendiri soalan?sepatutnya cikgu perlu pakat dgn semua guru math form1 utk buat soalan tu. Penyelia petang sek sy(juga ajar math form1) turut sama mnolong buat soalan. kalau cikgu buat seorang, memanglah penat sangat. shaz yang buat 2 bab ni pun ....

      shaz ada contoh soalan bab 1-12 yg kami buat semasa kursus tetapi soalan tersebut tidak dimurnikan dan ada yang tidak sesuai. sebab tu, kami bahagi2kan cikgu utk buat semula dan murnikan soalan.

      skrg shaz tiada semua soalan yg dah dimurnikan dlm bentuk softcopy. Shaz cuma ada 2 bab (bab yg shaz buat je bab 2 dan bab 8). lagipun skrg masih sibuk, Shaz tiada masa nak scan soalan2 tu. sekolah shaz dah reso sampai bab 10.

      klu cikgu nak bab2 dan bab 8 sahaja bagilah emel...nanti shaz emel. klu nak soalan yang belum dimurnikan pun boleh je shaz emel...tp cepat atau lambat emel tu tak janji yer.

      Padam
    2. emm tula.sy pon bru nk kumpul ckgu dan mntak mereka tlg buat ikut bab. tp bgus jugak klu de rujukan. sy xksah klo xdmurnikan pon. sy nk wat rujukan je. klo xkeberatan leh x emailkan sume2 lg bgus..mntak maaf mnyusahkan..thanx... moon_evista@yahoo.com

      Padam
  17. cikgu shaz..saya ada sedikit kekeliruan mengenai penyimpanan eviden...
    1)jika pelajar itu berjaya menjawab B4D4E1 dan B2D6E1..maka evidens mana yang perlu disimpan..
    2) evidens utk band 1 ada sehingga bab 12..adakah selagi pelajar tidak selesai jawab bab12 utk band 1..maka evidens yang terbaik hanya dikira band 1 shaja..bererti jika dia mampu jawab betul soalan band 2 atau 3 (ttp belum keseluruhan)..maka eviden terbaik (mengikut band terbaik deskriptor tertinggi dicapai) adalah hanya soalan band 1 sahaja..?yang ini agaka keliru utk memilih evidends yang perlu disimpan dalam fail pelajar...
    harap dapat renspons...

    BalasPadam
  18. salam. utk maklumat yang betul eloklah bertanya dgn ju negeri.
    1) kedua-dua evidens perlu disimpan selagi tiada pjaminan kualiti dibuat. jika penjaminan kualiti telah dibuat, kedua-dua eviden boleh diserahkan kpd pelajar. tetapi jika cikgu ingin simpan evidens terbaik, simpanlah evidens terkini mengikut tarikh yang baru dibuat. itu kefahaman saya.

    2. shaz tak faham ayat cikgu fiza. tetapi shaz andaikan begini
    mungkin maksud cikgu, mengenai evidens terbaik utk disimpan dlm fail showcase. evidens itu cikgu pilih dari setiap kod band yang terbaik di kalangan pelajar cikgu. 1 kod band, 1 evidens terbaik.

    utk fail pkembangan individu pelajar, terbaik atau tidak evidens tu cikgu kena simpan.

    disebabkan memang timbul pening-pening mengenai simpanan evidens, sekolah shaz wajibkan guru simpan semua evidens pelajar hingga akhir tahun walaupun pjaminan kualiti telah dibuat.

    BalasPadam
  19. cikgu, semasa kursus hari tu.. x sempat siapkan semua evidens.. Cikgu boleh share sini? thanks a lot.. sangat2 diharhai.. =)

    BalasPadam
  20. salam, tak mampu nak share sebab tak pandai sgt dgn function math. boleh bagi emel, nanti sy emelkan evidens masa kami kursus dulu. tp evidens tu belum dimurnikan sepenuhnya dari bab1 sapai bab 12

    BalasPadam
  21. cikgu bole share?ni email sy chy_kasuma@yahoo.com...masa kursus aritu kami tak buat ikut taju,main rojak2 je ikut aras band.

    BalasPadam
  22. assalamualaikum.cikgu bole share.ni email saya hanisuhana47@yahoo.com.my kalau tak menyusahkan cikgu emailkan soalan pbs ..tq

    BalasPadam
  23. Salam cg,mohon share jugak..ni email saya farira02@yahoo.com

    BalasPadam
  24. Terima kasih atas info dan perkongsian yang diberikan. Andai tdk menyusahkan cgu mohon share jg contoh soalan pbs ya cgu dah ada. Ni email sya maznah81@hotmail.com
    Terima kasih.

    BalasPadam
  25. salam cikgu ...saya cikgu mafizoh dari smk tat beng...mohon share soalan pbs cikgu...ni email saya... bayu_badai@hotmail.com

    BalasPadam
  26. kenapa bukan semua bab dinilai

    BalasPadam
  27. agak susah sikit nak tentukan bab mana yang nak diuji sekiranya seperti bab 2 kan cantik semua ada band ada untuk diuji mohon penjelasan jika ada terima kasih

    BalasPadam
  28. sepatutnya semua bab dinilai. bkn pilih mana2 bab tertentu je.

    BalasPadam
  29. Salam ,Ingin berkongsi.....
    melalui FAQ Lembaga Peperiksaan dan kursus PBS yang saya ikuti, evidens tidak semestinya dalam bentuk soalan sahaja. Ia boleh jadi kerja rumah, aktiviti dlm kelas, secara lisan dan lain2... tapi kebanyakan guru yang memberi komen dan pertanyaan di sini sentiasa merujuk evidens sebagai soalan evidens... mungkin perlu diperbetulkan. Semuanya bergantung kepada kesesuaiannya dengan pernyataan dalam DSP.

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://cikgushasaz.blogspot.com/2012/09/penantau-pbs-dah-mula-turun-padang.html

      boleh tau bila cikgu kursus pbs?
      masa kami kursus dulu mmg dinyatakan xboleh keje rumah, workbook dan mcm2 yg lain, tidak boleh bawa rumah, etc, print eviden 1 kod 1 keping kertas, tak boleh campur2 kertas evidens.

      kmudian, kami difahamkn ada kursus negeri lain yg kata boleh itu, boleh ini. pbs dah jadi mcm2 versi.

      time kursus dulu ada guru tanya " sy ni dah ajar sampai bab 5. jadi sy kena buat soalan pbs dari bab 1 ke?

      JU jawab"ya, kena mula semula"

      shaz rasa versi asal pbs telah diberi klonggaran mmandangkan pjalanan pbs agak lewat d beberapa negeri.

      Padam
    2. Penang.. tapi apa yang saya nyatakan diatas adalah maklumat yang tertulis dalam laman Lembaga Peperiksaan Malaysia.. Boleh rujuk dalam FAQ(frequently ask question) tentang PBS. Banyak persoalan terjawab di situ. TQ

      Padam
    3. yer, shaz pun ada share faq pbs di sini. memang betul faq cakap mcm tu. maksud shaz, pbs dah mcm2 versi mengikut negeri masing-masing.

      contoh:

      ada kawan shaz di perak : guru tak perlu simpan eviden pelajar byk2. siap pelajar buat, tanda dan pulangkan semula, tak perlu tunggu pjaminan kualiti.

      dalam FAQ pula kata : evidens pulangkan semula kpd pelajar paling lewat 2 minggu lepas tick dlm sppbs. atau pun dilupuskan

      time kami di KL kursus pula : evidens dipulangkn selepas pjaminan kualiti dibuat.

      mgenai instrument lak : mmg betul kita tak perlu bgantung kpd ptaksiran yg mlibatkan soalan, jawab, guru tanda. boleh secara lisan, boleh secara folio ataupun projek. tetapi minta maaf time kami kursus : kerja rumah tak boleh jadi evidens. hingga sekarang pun ,sekolah shaz tak pernah amik latihan kerja rumah sebagai eviden walaupun dimaklumkan mmg boleh.


      jadi ksimpulannya : cikgu ikut apa yg cikgu kursus hari tu. jgn ikut cara shaz sbb versi lain-lain. shaz cuma kongsi. tapi tak kata cikgu kena ikut. tq

      Padam
  30. salam
    saya dah habis bagi soalan pbs utk syllabus form 1, masalah nak key in ni

    ada pelajar dpt band 3, tp gagal band 1 dan 2 utk chapter tertentu..so how?

    BalasPadam
  31. tick mana2 kod band yang pelajar dapat. nnt sistem akan generate dlm penilaian sumatif result band sebenar pelajar.

    BalasPadam
  32. ops....tetapi sebaiknya cikgu tolong dan pastikan pelajar cikgu betul semuanya utk band1 sebab itu band paling asas. jika mampu, tolong sehingga band3. tetapi jika pelajar mmg tak layak, bagi setakat pelajar mampu

    BalasPadam
  33. Salam Shaaz...nak confirmkan..fail showcase KP yang buat ke? Dapat maklumat KP yang buat ikut subjek dan simpan utk 3 tahun, betul ke?

    BalasPadam
  34. wsalam. kalau bukan KP jadi siapa yg lebih layak buat dan simpan fail showcase? sekolah Shaz, mmg KP yg buat. tetapi simpan utk 3 tahun itu tak pasti. mungkin KH mmg 3 tahun tetapi subjek lain tak pasti.

    BalasPadam
  35. tetapi guru subjek juga perlu bantu KP utk pilih eviden terbaik dari kelas yg diajar dan disimpan dlm fail showcase. jika KP seorang yg buat, mmg mbebankan

    BalasPadam
  36. slm cikgu shaz..mohon share evidens dr bab 1 hingga 12..xpe klo blum dimurnikan lg...just sbgai panduan..feeza_48@yahoo.com .tq

    BalasPadam
  37. salam cikgu shaz,
    boleh share eviden dengan saya sebagai rujukn.
    maizanmeharomi@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam cikgu shaz,
      mohon share eviden jg sebagai rujukan- lilifick@yahoo.com

      cikgulily

      Padam
  38. salam cikgu2. sila download soalan di sebelah kanan blog pada menu DOWNLOAD. sorry, tak sempat emel. tq

    BalasPadam
  39. salam...cikgu shaz..blh ke sy nk mnta cth rekod transit dan eviden(instrumen) yg d buat di sek cikgu....

    BalasPadam
  40. salam ckg shaz,
    kalau x keberatan boleh x ckg shaz tlg emailkan cth2 evudens..
    aieena2@yahoo.com dan contoh senarai semak kelas tu...

    BalasPadam
  41. wsalam...evidens boleh download disebelah kanan blog nih. tq.

    borang dan contoh2 rekod lama mmg ada tetapi shaz difahamkan ada ptukaran format borang.

    borang baru akan digunakan tahun depan. shaz tak pasti mcmana borang2 tersebut.

    BalasPadam
  42. Tahniah dan syabas cikgu, sebab bersikap positif tentang PBS, saya suka cara cikgu kalau ada ilmu kita sampaikan pada orang lain insyaallah dapat pahala. Taklah la macam setengah blog tu asyik megutuk PBS tapi... sebenarnya dia tak tahu apa-apa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah. tahun lepas mmg kami hura-hara juga. tapi tahun ni, kami duduk sama2 bincang cara utk memudahkan pbs. jadi sedikit ringan lah.

      shaz ambil semua nih sebagai pegalaman. lagipun lama lagi shaz akan brada dlm bidang nih. kita semua ni terlibat dlm pbentukkan sejarah pdidikan negara ke arah yg lebih mantap. jadi kita cuba libatkan diri semaksimun mungkin. bila anak cucu kita tanya nanti, kita boleh cerita apa yg dah kita lalui.

      Padam
  43. Hello Everybody,
    My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of $250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of $250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius, call/whats-App Contact Number +918929509036 via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

    BalasPadam

Tinggalkan komen jika sudi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen