Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Sabtu, 4 Januari 2014

Cerita mengenai guru 4 Januari 2014

Guru sekolah swasta miliki tujuh pistol tiruan ditahan


KOTA BHARU - Polis semalam menahan seorang guru sekolah swasta bersama tujuh pistol tiruan yang dibelinya dari negara jiran dan dipercayai mahu dijual menerusi laman sosial.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supt. Idris Abd Rafar berkata, lelaki berumur 26 tahun itu ditahan di dalam sebuah kenderaan di hadapan sebuah kedai runcit di Jalan Pasir Mas-Salor kira-kira pukul 1.30 petang.

"Kita menemui tujuh buah kotak yang bertulis G.29 AIRSOFT GUN. Setiap satunya mengandungi sepucuk pistol bersama kelopak, yang disembunyikan di dalam bonet kereta,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini hari ini.

Beliau berkata, pistol tersebut dibeli dengan harga RM60 setiap satu dan suspek dipercayai mahu menjualnya di laman sosial Facebook.

"Kami mendapati pistol itu dibeli di Sungai Golok, Thailand dan suspek menggunakan orang tengah yang dipercayai warga negara Thailand untuk mendapatkannya pistol tersebut,” tambahnya.
Idris berkata suspek telah ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang jika sabit kesalahan boleh di penjara selama setahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali. - Bernama

Pensyarah dijel, denda RM25,000

IPOH – Seorang bekas pensyarah Institut Teknologi Perak (ITP) dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM25,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini semalam atas lima kesalahan menerima rasuah daripada dua pelajarnya, tiga tahun lalu.

















Pada prosiding semalam, Wong Chee Wai, 41, pensyarah di Jabatan Matematik dan Statistik di institut itu menukar pengakuan kepada bersalah terhadap lima pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Tertuduh dari Taman Indah Jaya di sini didakwa menerima suapan wang tunai RM1,130 menerusi lima transaksi antara 14 September 2011 dan 8 Februari 2012 di institut berkenaan.


Pelajar berang cederakan guru dengan kerambit

KANGAR - Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Perlis dekat sini telah ditahan polis gara-gara tindakannya mencederakan seorang guru lelaki yang menegurnya kerana menggayakan rambut ala punk pada hari pertama persekolahan Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa berkata, remaja lelaki berusia 17 tahun itu ditahan pada pukul 1 pagi kelmarin di rumahnya di Kuala Perlis.

"Turut dirampas bersama suspek ialah gunting kecil yang diubah suai menjadi senjata kerambit untuk mencederakan guru terbabit," katanya pada sidang akhbar semalam.

sumber berita : KOSMO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen jika sudi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen