Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Jumaat, 14 Ogos 2015

Refleksi diri sebagai guru




Kenapa MURID aku tak pandai
Kenapa MURID aku degil
Kenapa MURID aku tak jd spt yg aku nak


Kenapa MURID aku tak pandai
Kenapa MURID aku degil
Kenapa MURID aku tak jd spt yg aku nak



🔅MURID2 buah hati kita. Jangan bandingkan di antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.

🔅MURID baik, MURID cerdik; cuma ujian. ALLAH nak tengok kita demand ke tidak, ltk syarat ke tidak, kerja kuat ke tidak, sabar ke tidak.

🔅MURID2 biasa-biasa, tak berapa pandai; itu hadiah ALLAH. Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka ASBAB kita masuk syurga. Tak perlu kecewa hasil kita tak seberapa. Mana tahu kalau asyik cemerlang, kita riak menjaja bangga.

🔅MURID yang biasa2 ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan kerjaya & rencahnya. Jangan lukai hati MURID kita. Terimalah pemberian ALLAH dengan redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira di mana. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.

🔅MURID2 kita mentah, jiwa mereka rapuh. Yang salah kita, terlebih menghukum dr membina. Terlebih menyumpah dr membimbing. Terlebih marah dr nasihat. Terimalah mereka penuh amanah.

🔅MURID2 ini dipinjamkan buat kita untuk dijadikan ummat Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat. Jangan bezakan MURID2 kita, kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa jadi CIKGU..... belajarlah malu pada ALLAH, DIA yang sebegitu hebat tak pernah bezakan hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.

🔅MURID2 kita juga punya hati dan jiwa. Mana tahu ada yang kita tak beri penuh perhatian akan ingat kita sampai tua, akan mendoakan kita hingga ke syurga.


Jangan berhenti untuk menjadi CIKGU yang berilmu dan cemerlang!💐

sumber Hanapiah Bin Embot



💐

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen jika sudi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen