Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Selasa, 24 April 2012

Band 6 PBS Matematik | Apa yang Shaz faham.

Ramai kawan-kawan Shaz yang pening dengan band 6. Kebetulan pula mereka telah diberi dengan eviden-eviden yang ada band 6 jadi mereka berpendapat eviden tersebut tidak layak untuk band 6 kerana terlalu mudah.

Menurut kefahaman Shaz, sebenarnya guru matematik tidak perlu mengadakan evidens untuk band 6 kerana band 6 boleh berada di mana-mana band sebelumnya.

Dokumen Standard Prestasi Matematik Tingkatan 1 menyebut -:
Band 6 ialah tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali dengan tafsirannya adalah -: 

murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh yang tekal.
Dalam istilah mudah, band 6 adalah untuk pelajar yang boleh menyelesaikan masalah matematik dengan menggunakan kaedahnya sendiri tanpa berpandukan pengajaran guru di sekolah atau guru tuisyennya dan jawapan yang diberikannya adalah tepat dan betul.

Jadi, bagaimana guru nak mengenalpasti pelajar yang layak band 6?

Kita guru, tentunya kita kenal pelajar-pelajar kita.  Jika kita mendapati ada pelajar kita yang ada potensi mendapat band 6, berikan pelajar tersebut beberapa  evidens untuk diselesaikannya. Jika dia menggunakan kaedah biasa yang sudah kita ketahui, maka pelajar tersebut tidak layak band6.

TETAPI, jika pelajar menggunakan kaedah baru yang kita sendiri tidak tahu dan jawapannya betul, kita berkumpul dengan beberapa orang matematik lain dan bincangkan kaedah pelajar tersebut. Jika guru matematik lain pun baru tahu kaedah tersebut maka pelajar itu boleh diberi band 6. Selain itu, tidak semestinya eviden yang dijawab pelajar itu dijadikan bukti bahawa dia layak band 6. Pelajar itu sendiri boleh dijadikan bukti bahawa dia layak band 6. Andaikata ada pemantauan dibuat dan pihak pemantauan ingin memastikan pelajar tersebut layak band 6, maka kita boleh membawa pelajar itu bertemu dengan pemantau dan biarlah pemantau menyoal pelajar tersebut dengan beberapa kemahiran matematik.


Adi Putra adalah contoh pelajar yang layak mendapat band 6.  (ERK! ataupun band 6 yang tidak layak dengan Adi Putra. HEHE)

Okay ye cikgu-cikgu. Jadi, marilah kita mengali anak-anak didik kita untuk mencari Adi Putra yang lain. InsyaALLAH.

21 ulasan:

  1. Wakil JUN Kelantan(Matematik)23 Mei 2012 pada 11:18 PTG

    Kami barisan JUN Kelantan untuk subjek Matematik Ting 1, setuju dengan pandangan Cikgu Syaz, tetapi kami ingin membuat penambahan maklumat berkaitan pandangan Cikgu syaz, iaitu pelajar berkenaan perlu melepasi ke semua 74 evidens dalam DSP Matematik Tingkatan 1 itu. Barulah kita boleh menguji pelajar berkenaan untuk mencapai Band 6. Terima kasih.

    BalasPadam
  2. salam...terima kasih pandangan tersebut.

    Pemahaman PBS kami adalah evaluate by band but work by chapter.

    di sekolah sy, kami jalankan mengikut tajuk. bukan mengikut band seperti dlm DSP. jadi dlm bab 1 pun, kami sudah cuba menguji pelajar utk band 6 tanpa perlu tunggu habiskan semua evidens hingga ke bab akhir.. ada guru form 6 yg bantu kami buat soalan mencabar utk level pelajar form 1. at least apabila ada pmantauan kami boleh kemukakan bukti bahawa kami sudah cuba mencari pelajar2 band6. jumpa atau tidak pelajar tersebut, kena tunggu hingga 2014. tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam..
      boleh tak cikgu bagi contoh soalan untuk band 6... adakah band 6 ini perlu diuji utk semua bab ?
      terimakasih
      jj

      Padam
    2. wsalam cikgu...buat masa skrg shaz belum sempat nak scan soalan2 band 6 sebab bukan shaz yg buat. jadi shaz tiada softcopy. cikgu boleh tinggalkan emel, shaz akan emel apabila sempat.

      shaz tak pasti samaada band 6 perlu diuji di semua bab atau tidak. RASANYA tidak. apa yang sekolah shaz buat hanyalah atas kerajinan guru form6 tersebut yg sudi membantu.

      sebenarnya cikgu tak semestinya soalan susah itu untuk band6. contoh jika beri soalan 53x532 = dan pelajar cikgu boleh jawab guna kaedah tersendiri jadi sebenarnya dia calon band 6.

      begitu juga jika cikgu beri 5242+4552+7453+ 352 dan pelajar tu boleh jwb lebih2 lagi dgn lisan dlm masa yg cepat...tentu dia cara tertentu yg lain dari yg lain.

      wallahualam... (kalau shaz salah info minta maaf) shaz cuma cikgu biasa je. )

      Padam
  3. Begitu ke contoh band 6...sebagai guru,saya pun buat PBS guna tajuk by tajuk tapi rasa mcm confuse sikit..kalau ikutkan band 6 ni pelajar boleh menyelesaikan masalah yang agak rumit..dan menggunakan kaedah sendiri dan boleh mngajar pelajar lain dan menjadi contoh kepada pelajar lain. kerana tengok kesesuaian band 6 iaitu, tahu,faham dan boleh buat dengan beradab mithali.

    BalasPadam
  4. salam semua guru pbs math . saya berkongsi dengan anda. untuk melihat ratusan soalan pbs math anda boleh layari yahoo.com saya simpaan dalam email
    yahoo id : pbsmath p/w ; smkur2012 boleh tambah soalan boleh lihat dan cuba. tk cikgu nasir n.sembilan,

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi cikgu. saya mengalami kesukaran utk membuka email cikgu. pbsmath. dinyatakan invalid id and password . bagaimana utk buka?

      Padam
  5. wsalam.terima kasih cikgu nasir...
    tapi eloknya jgn kongsi bsama pw begini sebab blog sy dilawati oleh guru n pelajar. risau ada yg tukar pw emel tu nnt. cigu upload di 4shared

    BalasPadam
  6. hi cikgu shasaz, boleh tak saya lihat cntoh soalan2 band 6 bagi tajuk lines and angles and basic measurements mats form 1?saya sangat keliru. terima kasih cikgu.
    emel saya: doggiecel@yahoo.com



    cikgu celest-kuching

    BalasPadam
  7. Hi Cikgu Shaz, saya pun pening mengenai band 6 ni~ boleh bagi contoh-contoh soalan band 6 sebagai rujukan? terima kasih.

    email:smiles-123@hotmail.com

    cikgu Carine-sabah

    BalasPadam
  8. Hi cikgu Shasaz..saya pun tak tahu nak buat mcmn dengan band 6 ni..boleh tak bagi contoh kat sini. kalau boleh emel..alamat emel saya fatimahnory@yahoo.com

    BalasPadam
  9. salam semua cikgu-cikgu yg komen atas. setelah dijalankan pbs, shaz n cikgu2 lain dapati tiada pelajar kami yg ada keistimewaan matematik dan kebolehan math utk dapatkan band6. jadi kami stop hingga band 5 sahaja dan tidak teruskan band6.

    namun, shaz dapat kefahaman baru jika pelajar cikgu sudah bjaya dapat band5...dan jika cikgu nak bantu pelajar dapat band6. minta pelajar buatkan pameran math, atau mgajar kawan2 mereka hingga kawan2 mereka tu berubah dari yg 0 kepada ada sesuatu. namun mmg susah juga utk mnilai.

    cikgu2 yg shaz da emel contoh soalan band6 tu,,,xsemestinya pelajar betul soalan itu cikgu kena band6. sebab band 6 ini pelajr mesti gunakan kaedah baru.

    BalasPadam
  10. saya dari sm sains kepala batas, pulau pinang... pun nak juga contoh soalan math form 1 band 6 tu...
    amirul@smskb.edu.my

    BalasPadam
  11. Salam..boleh kongsi soalan tuk band 6..tqvm
    hanycome@gmail.com

    Ckgu kajang

    BalasPadam
  12. Assaamualaikum Cikgu Shaz. Boleh kongsi soalan untuk Band 6? Email saya shafi294@gmail.com. Terima kasih banyak-banyak atas perkongsian pintar ini :)

    BalasPadam
  13. band 6 tiada soalan khusus....jika pelajar kelihatan ada potensi dgn genius math, boleh uji dgn bantuan beberapa guru math lain. pastikan pelajar tersebut ada kelainan dan kebolehan matematik yg istimewa berbanding dgn pelajar lain. pelajar juga boleh jadi mentor math utk kawan2, jika menteenya ada pningkatan,mentor tersebut boleh dicadangkn utk band6.


    download soalan >>>>>>>>>>>>>>>>>>> menu download sebelah kanan blog.

    BalasPadam
  14. salam saya juga guru pbs math form 1. ada beberapa pelajar saya telah lulus sehingga habis semua eviden band 1-5. jadi sekarang saya sedang merangka-rangka soalan untuk band 6. setelah bertanya tanya dengan rakan sekolah lain, saya membuat andaian bahawa band 6 boleh di capai sekiranya pelajar itu boleh menjawab apa sahaja soalan topik math form 1, dengan tak semestinya kena gunakan kaedah penemuan baru. saya membuat rumusan ini kerana, subjek-subjek lain seperti kh, dan bm, mereka dah capai band 6 dan saya rasa kejam sangat kalau kita terlalu strict dengan menekankan kepada MESTI MENGGUNAKAN PENEMUAN BARU. mereka baru form 1, kita yang dah tua ni pun tak semestinya boleh mennyelesaikan satu-satu masalah matematik dengan penemuan baru. mengimbas balik JU saya ketika bengkel PBS, dia kata, sistem PBS ini adalah untuk menolong pelajar kita. jika kita rasa pelajar tersebut beradab mithali, mampu membantu rakannya yang lain dalam mengajar, malah mungkin lebih baik dari kita mengajar, tapi sebab dia mengajar menggunakan kaedah buku teks atau ajar macam yang kita ajar, kita tetap tak nak beri dia band 6. apa yang saya buat ialah, saya gabungkan satu eviden B6D1E1 saya tu. Soalan saya ialah masih topik form1. dalam soalan saya bermula dari rajah yang perlu cari luas, kemudian perlu cari gabungan luas permukaan(ini ada dlm form2), kemudian cari harga, kena cari juga jam, ringgit dengan kejap kena bahagi, kejap kena darab, kena tambah kena tolak. pelajar kena gunakan pemikirannya dan pengetahuan am, juga pengetahuan matematik. tak semestinya guna penemuan baru. jika pelajar dalam sekolah harian lain ada yg boleh dapat band 6, tak ke kita kejam dengan student kita kalau kita kedekut dan strict sgt dgn ayat 'penemuan baru 'tu? yg penting ng saya, pelajar saya memang beradab mithali, boleh mengajar rakan lain sehingga yg tak tau menjadi tau? ini pendapat peribadi saya.

    BalasPadam
  15. saya masih ingat LPM mgunakan ADI PUTRA sebagai contoh pelajar band6. jadi sy tak setuju dgn cikgu hawa. rasanya tujuan LPM buat mcm ni sebab nak kelompokkan 1 kategori khas utk pelajar2 genius mcm adi putra. sekolah sy tiada yg dpt band 6 utk semua subjek. band 6 bkn bermakna A tetapi A+++ manakala band 5 bkn bermakna B tetapi A. itulah pdapat kami.

    BalasPadam
  16. terima kasih sbb beri maklum balas. saya masih di dalam kursus pbs negeri yg bermula hari ini.ada lagi 2 hari. dan saya juga telah utarakan pendapat peribadi saya di atas utk mendapat maklum balas JU negeri dan juga wakil bhgn peperiksaan JPN tadi. dan beberapa maklumat tambahan telah saya peroleh dan boleh dikongsi. menurut mereka, band 6 adalah HAK guru. Jika guru merasa ada dikalangan pelajar mereka yg berkualiti, dapat menjawab pelbagai soalan yang diajukan, dapat mengajar pelajar lain, dan beradab mithali, maka guru BOLEH memberi pelajar tersebut band6.walaupun pelajar itu tidak menggunakan apa2 cara BARU, dia masih menggunakan teknik yg diajar, tapi DAPAT selesaikan apa jua soalan diberi, dan yg penting kawan2 dia pun boleh ckp yg dia mmg beradab mithali, membantu rakan.kita nampak ada sesuatu yg lebih pada dia berbanding rakan lain, maka kita boleh beri dia band 6, tanpa seorang pun yg boleh pertikaikan.

    Tapi dalam masa yg sama, JU juga ada menyatakan, cikgu jgn merasa tertekan, atau merasa mesti capaikan band 6 untuk pelajar, kerana kita mesti menjaga integriti dan kualiti diri kita juga. kerana hendak dapatkan band6 dari segi kuantiti, kita mengabaikan kualiti. Jika tiada pelajar kita capai band 6, tiada siapa yg akan pertikaikan kita.jgn risau.

    Pelajar kita yg lemah pula, kalau boleh cuba diusahakan agar cecah ke band 3 tapi kalau tak capai juga, apa nak buat.cuma, tak mungkin pelajar itu tidak boleh capai band 2 sebab itu merangkumi tahu dan faham sahaja.

    Jadi saya rasa, saya agak lega bila menerima pendapat sedemikian, sebab sebelum ini saya mungkin terlebih banding dgn subjek lain, hingga saya lupa, peperiksaan biasa pun, kh dan bm mmg biasa pelajar dpt A, matematik mmg tak ramai(sekolah saya lah, sekolah lain mungkin cikgunya mmg hebat ramai dpt A) jadi saya terlalu mendesak diri saya utk memastikan pelajar saya ada yg lepas band 6 (sedangkan hakikatnya rasa macam tiada yg layak sebab soalan band5 saya pun kena ulang dua tiga kali-kalau band 5 pun masih tak smooth, tentu tak layak band 6 bukan?)sebab saya rasa diri saya akan dianggap tidak berkualiti jika takde budak dpt band 6. sistem band ini tidak sama dengan sistem gred.

    (maaf ye cikgu shasaz byk pula saya komen di sini)

    BalasPadam
  17. saya nak tanya soalan assiginment mengenai pbs.klau cikgu shaz faham boleh terankan?

    ISSUE
    The MOE is trying to improve the standards of education by enhancing the secondary and primary school curriculum. This is to ensure that schools produce “thinking” students rather than those relying purely on “regurgitation” to past examination questions. This initiative leads the MOE to seriously consider the abolishment of UPSR and PMR examinations and replace it with another mode of assessment.


    TASK
    Your task in this assignment is to study the above issue based on the module for this course. You should be guided with the following questions in preparing your answer for this assignment.
    i. Analyse the above issue based on the concepts on measurement and evaluation.
    ii. Discuss the current examination system for the primary and secondary schools.
    iii. What do you think if the UPSR and PMR examinations are removed from the assessment system? Explain your answer.

    BalasPadam

Tinggalkan komen jika sudi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen