Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Jumaat, 20 April 2012

Jadual Penyelaras Evidens dan contoh format evidens

Disebabkan Shaz yang mengikut kursus PBS jadi rasa tanggungjawab Shaz untuk menyediakan jadual penyelaras evidens dan juga peraturan-peraturan membuat evidens. 

Walaupun sebenarnya ini adalah tugas ketua panitia, tetapi Shaz faham bagaimana KP ingin menetapkan peraturan-peraturan kerana mereka tidak mengikuti kursus yang telah diadakan. 

Berikut adalah contoh jadual penyelaras evidens


SMK xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
MATEMATIK TINGKATAN SATU
2012
JADUAL PENYELARAS EVIDENS
Bil
Penyelaras
Bab yang diselaras
1.

Chapter 1 : Whole Number
Chapter 7 : Algebraic Expressions I
2.

Chapter 2 : Number Patterns and Sequences
Chapter 8 : Basic Measurements
3.

Chapter 3 : Fractions
Chapter 9 : Lines and angles I
4.

Chapter 4 : Decimals
Chapter 10 : Polygons I
5.

Chapter 5 : Percentages
Chapter 11 : Perimeter and area
6.

Chapter 6 : Integers
Chapter 12 :  Solid Geometry I

Perhatian  :
  1. Penyelaras diminta mendapatkan evidens daripada xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx melalui emel. Evidens tersebut ada kesilapan, belum dimurnikan dan juga ada yang tidak disediakan jawapan. 
  2. Edit, tambah soalan, murnikan soalan atau buat soalan baru.  Satu eviden mesti sekurang-kurangnya 3 soalan.  Jika buat soalan baru mesti berpandukan kepada band dan deskriptor dalam Dokumen Standard Prestasi.
  3. Berhati-hati dengan evidens yang banyak gambarajah kerana ada beberapa kesilapan dan rajah jenis gambar perlu ditukar kerana akan menjadi hitam apabila diperbanyakkan.
  4. Minta bantuan guru lain untuk menyemak evidens agar tiada kesilapan sebelum diperbanyakkan.
  5. Penyelaras perbanyakkan soalan bagi semua pelajar tingkatan satu dan perlu pastikan ada evidens tambahan bagi kes pelajar lemah yang perlu menjalankan pentaksiran beberapa kali.  Dicadangkan bilangan salinan sebanyak 700 salinan.
  6. Penyelaras mesti sediakan satu set jawapan  mengikut bab dan perlu menyerahkannya kepada semua guru matematik tingkatan 1. Guru matematik dicadangkan menyediakan fail untuk menyimpan set evidens setiap bab  sebagai mastercopy beserta dengan set jawapan.  
  7.  Disebabkan ada beberapa ratus keping evidens bagi seorang pelajar, guru penyelaras  perlu memastikan format evidens seperti contoh di sebelah dipatuhi. Tujuan -: 
  8. a.       memudahkan guru mendapatkan evidens dan mencari evidens yang belum dilengkapkan oleh pelajar masing-masing.
  9. b.      memudahkan guru menyusun evidens pelajar dalam Fail Perkembangan Individu mengikut mukasurat.
  10. c.       agar evidens sekolah ada nilai kesahan dan bermutu.

contoh format evidens 


Sekolah Shaz masih lagi menggunakan bahasa Inggeris dalam P&P Math. Oleh itu evidens kami beri keutamaan kepada evidens bahasa Inggeris atau dwibahasa sahaja.

Tetapi, memang Dokumen Standard Prestasi berbahasa Melayu. Itulah sedikit cabaran kami untuk memastikan evidens kami selari dengan DSP.

Rakan-rakan guru math dijemput like page PBS Math JPWP di facebook. Boleh berhubung dengan jurulatih utama untuk bertanya soalan.

7 ulasan:

  1. SALAM CIKGU SHAZ, MAAF SAYA BERTANYA . KENAPA U KATA BERATUS KEPING EVIDENS....TIDAK SEMUA EVIDENS PERLU BERCETAK. ADA EVIDENS DLM BUKU LATIHAN, BUKU AKTIVITI, SO KEPADA SHAZ SAYA CADANGKAN AGAR ANDA JGN KELIRU.. EVIDENS TIDAK PERLU DICETAK SIAP2 KERANA U BLM TAHU OBJEKTIF PD HARITU TERCAPAI ATAU TIDAK..................

    BalasPadam
  2. wsalam. sekolah i memang cetak siap2 semua evidens. klu pelajar salah, maka akan ulang lagi evidens yang sama atau pun pakai soalan lain.

    klu u pakai evidens dlm buku latihan dan buku aktiviti terpaksalah u fotostat evidens tu masuk dlm fail perkembangan individu...tak gitu?

    ops..bkn math je, semua subjek sekolah i dah siap2 cetak evidens. i tak keliru bab tu. tq.

    BalasPadam
  3. lagi satu mengikut kata jun : kalau pakai buku latihan pelajar make sure jgn bagi pelajar baWA pulang buku latihaN. cikgu kena simpan.

    klu pakai buku aktiviti, i tak tau la mcmana, sebab pelajar akan jumpa soalan lain pulak, thats mean soalan sudah bocor la.

    beratus-ratus kerana ada 1 kod band melibatkan 3 atau 4 keping kertas. tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh bg contoh yang bi punya tak?

      Padam
  4. maaf. tiada bi sebab bukan guru bi.

    BalasPadam
  5. Salam. Mohon jasa baik cikgu shaz untuk kongsikan soalan dan dokumen berkaitan utk saya krn hingga sekarang saya masih buntu. Emel saya rlanisa@yahoo.com. T ksh. Razlan Isa.

    BalasPadam
  6. 90% evidens saya berdasarkan aktiviti dan latihan dalam buku teks....

    BalasPadam

Tinggalkan komen jika sudi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen