Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Jumaat, 6 April 2012

Pentaksiran Berasaskan Sekolah Matematik (PBS Math)

Isnin lepas sehingga Rabu (2-4 April) Shaz berkesempatan mengikuti Kursus Penataran Dokumen Standard Prestasi (DSP) Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Matematik Tingkatan 1 Untuk Jurulatih Utama (JU) Sekolah Wilayah Persekutuan Tahun 2012. 

Wah...banyak juga benda yang perlu dibuat dalam PBS Matematik ini.

Sebelum cerita apa yang perlu dibuat, Shaz kongsi dulu minit curai kursus seperti di bawah
1.
Jenis Mesyuarat / Kursus :

Kursus Penataran Dokumen Standard Prestasi (DSP) Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Matematik Tingkatan 1 Untuk Jurulatih Utama (JU) Sekolah Wilayah Persekutuan Tahun 2012.
Bertarikh 2 April 2012 hingga 4 April 2012

2.
Tujuan Mesyuarat / Kursus :

1.      Memberikan pendedahan kepada guru matematik Tingkatan 1 untuk menjalankan PBS Matematik kohort pertama 2012-2014.
2.      Membina soalan evidens dari Bab 3 hingga Bab 12 mengikut zon sekolah dan mengumpulkan semua soalan tersebut untuk digunakan oleh  guru matematik Tingakatan 1 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tujuan pelarasan.

3.
Keputusan Mesyuarat / Kursus :

Dari kursus yang dihadiri, saya diberitahu bahawa -:
1.      PBS Matematik hanya dijalankan untuk pelajar Tingkatan 1 bagi mengantikan PMR yang telah dimansuhkan dan dinamakan Pelaporan Standard Sekolah Menengah (PSMR).  Pelajar tingkatan 1 ini dilabel sebagai kohort pertama 2012-2014.
2.      Harus ditekankan bahawa 100% markah PSMR pelajar pada tahun2014 nanti adalah dari PBS.
3.      Dua jenis PBS adalah -:
a.       Bukan akademik
i.                    Pentaksiran psikometrik (kaunselor)
ii.                  PAJSK (guru kokurikulum)
b.      Akademik
i.                    Pentaksiran Sekolah (guru matapelajaran)
ii.                  Pentaksiran Pusat (guru matapelajaran)
4.      Kompenan PBS dibahagikan kepada 4 perkara iaitu -:
a.       Pentaksiran sekolah (PS)
b.      Pentaksiran pusat (PP)
c.       Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
d.      Pentaksiran Psikometrik (PPsi)



5.      Tugasan dalam PBS Matematik dibahagi kepada dua jenis iaitu pentaksiran pusat dan pentaksiran sekolah. Tugasan pentaksiran pusat hanya diadakan setahun sekali (soalan dari Lembaga Peperiksaan) manakala tugasan pentaksiran sekolah perlu diadakan sepanjang tahun. Kohort 2012-2014 akan menjalankan tugasan dari pentaksiran pusat pada tahun 2013 dan tidak perlu menjalankannya pada tahun 2012 bagi semua subjek.
6.      Jenis-jenis tugasan PP adalah kerjakursus, persembahan, kajian kes, pameran, folio, jurnal, rekacipta dan pelbagai lagi.
7.      Guru matematik tingkatan 1 perlu menjalankan pentaksiran sekolah, PBS Matematik  secepat yang mungkin untuk Bab 1 hingga Bab 4. Manakala Bab 5 hingga Bab 12 dijalankan bersama-sama P&P  sehingga ke hujung tahun (tarikh akhir ditentukan oleh sekolah)
8.      Mesyuarat PBS kali pertama sepatutnya telah diadakan pada Februari, namun disebabkan pihak sekolah tidak mendapat arahan dari pihak Lembaga Peperiksaan, maka mesyuarat tersebut boleh dibuat pada bulan lain.
9.      Guru Matematik perlu wujudkan fail perkembangan individu pelajar dan juga fail showcase. Cara pengendalian fail perlu dibincangkan dalam mesyuarat PBS.
10.  Fail perkembangan individu pelajar sepatutnya mengandungi semua eviden dari semua matapelajaran yang ada PBS. Namun guru setiap matapelajaran dibolehkan menggunakan buku latihan untuk matapelajaran yang diajar tetapi mestilah mematuhi beberapa peraturan.
11.  Fail showcase sepatutnya mengandungi semua eviden terbaik dari semua matapelajaran. Hanya satu fail showcase untuk satu tingkatan. Namun, pihak sekolah atau panitia dibenarkan juga untuk membuat fail showcase untuk matapelajaran tertentu sahaja.
12.  Tujuan satu fail digunakan adalah sebagai penjimatan dan memudahkan penjaminan kualiti.
13.  Band 6 adalah band paling tinggi. Band ini hanya boleh diberi kepada pelajar jika pelajar tersebut dapat menyelesaikan soalan matematik dengan menggunakan kaedah yang baru diterokainya. Namun sebelum itu,  guru-guru matematik perlu berbincang terlebih dahulu menilai kaedah yang digunakan. Lembaga Peperiksaan memberikan contoh Adi Putra (seorang pelajar yang genius matematik) sebagai pelajar yang mampu mendapatkan band 6.
14.  Pelaporan PSMR adalah -:
a.       Pelaporan mengikut tingkatan pada setiap akhir tahun
b.      Pelaporan kumulatif di akhir tingkatan 3
15.  Dalam pengoperasian PBS ada 4 perkara yang perlu ditekankan
a.       Jawatankuasa PBS
b.      Jadual pengoperasian PBS
c.       Penjaminan Kualiti PBS
d.      Pengurusan Evidens


4.
Hal-hal lain :

1.      Sekolah perlu bersedia dari segi sumber kerana penggunaan kertas yang banyak dalam PBS Matematik.
2.      Setiausaha PBS sekolah bertanggungjawab dalam pemantauan pengisian band dalam aplikasi online SPPBS. Beliau juga bertanggungjawab untuk memberikan username dan password untuk setiap guru.
3.      Peperiksaan bertulis untuk tingkatan 1 sudah tidak perlu dijalankan tetapi tidak salah jika sekolah tetap ingin mengadakan peperiksaan bertulis.
4.      Jika pelajar tukar sekolah, pelajar perlu membawa fail perkembangan individu miliknya dan juga senarai semak PBS bagi memudahkan guru di sekolah baru untuk menyambung pentaksiran. Namun, guru di sekolah lama perlu memastikan band  online pelajar tersebut telah ditanda.

5.
Tindakan Lanjutan :

Guru yang hadir kursus :
1.      Mengadakan in-house training untuk semua guru matematik tingkatan 1 (wajib) , 2 dan 3 ( pilihan)
2.      Menyerahkan handout kursus kepada Ketua Panitia sebagai rujukan,rekod dan diperbanyakkan.
3.      Memastikan guru-guru matematik mendapat evidens (softcopy/hardcopy)  untuk diberikan kepada pelajar.

Ketua Panitia Matematik Sesi Petang :
1.      Menyelaraskan soalan yang telah dibuat oleh guru-guru peserta kursus.
2.      Membina soalan baru bagi soalan yang dirasakan tidak sesuai( jika ada)
3.      Membuat jadual guru bertugas untuk pengurusan soalan mengikut bab.
4.      Mengadakan perbincangan mengenai penggunaan fail perkembangan pelajar, kaedah memberi soalan kepada pelajar dan juga kaedah menyimpan eviden pelajar.

Pentadbir Sekolah :
1.      Membuka satu bilik fail.
2.      Menubuhkan jawatankuasa PBS.
3.      Menyegerakan mesyuarat PBS untuk perbincangan plan PBS.
4.      Menetapkan carta gantt bagi kerja perlaksanaan PBS
5.      Menetapkan tarikh-tarikh untuk guru menanda band pelajar dalam aplikasi online.
6.      Bertindak sebagai penjamin kualiti dengan memeriksa eviden pelajar yang telah disemak oleh guru masing-masing. Hanya setelah pentadbir membuat jaminan kualiti, barulah eviden tersebut boleh diserahkan kepada pelajar. (kecuali evidence terbaik perlu dimasukkan ke dalam fail showcase)


 Nanti Shaz update apa benda dalam PBS Matematik ini. Sekarang Shaz sibuk menapis bahan-bahan untuk mengadakan in-house training Selasa ini. 

4 ulasan:

  1. cikgu saya benci pbs ini...hanya menyusahkan semua org saja..usah nak buat pbs tu...baik saya jawab pmr saja...Ckgu pbs ini ada sampai ting.5 ke ..cikgu??????

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama lah sy pun x sk ngan pbs ni ckp nak bg kita enjoy belajar, tp makin buat keputusan sy merosot adalah lebih baik jawab pmr sj

      Padam
  2. betul keputusan saya pun merosot sejak ada pbs ni....menyuahkan betolllll....

    BalasPadam

Tinggalkan komen jika sudi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen