Mengikut DSP PBS versi lama, band 6 diberikan kepada pelajar yang boleh mencipta idea sendiri. PPPM pula melonggarkan band 6 dengan menghapuskan istilah mencipta idea sendiri.
Laporan Harian metro
Biarpun tidak pernah mendapat pendidikan formal di mana-mana pusat
pendidikan di negara ini, budak pintar matematik Adi Putra Abd Ghani,
15, mampu berkongsi pelbagai bidang ilmu terutamanya matematik dengan
pelbagai lapisan masyarakat antaranya pelajar institusi pengajian tinggi
(IPT) serta kakitangan agensi kerajaan.
Adi Putra berkata, dia sudah mencipta 264 formula matematik
membabitkan pelbagai cabang ilmu termasuk menghasilkan buku penyelesaian
matematik yang diterbitkan beberapa tahun lalu.
Menurutnya, ini bukan bidang matematik baru, namun pendekatan saja
yang berbeza dan kebanyakan formula yang diciptanya adalah berasaskan
daripada al-Quran serta Islam seperti berdasarkan hukum tajwid termasuk
mengaitkan formula dengan kejadian alam, namun ia ditukar kepada sistem
pengiraan matematik.
Adi Putra yang pernah menarik perhatian ramai berikutan
kepintarannya dalam menyelesaikan permasalahan matematik pernah mendapat
perhatian umum kira-kira enam tahun lalu sebelum kelibatnya seolah-olah
‘hilang’ daripada pandangan masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tinggalkan komen jika sudi