Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Ahad, 20 April 2014

Diminta tukar sekolah kerana bergaduh?

MACHANG - Seorang bapa kesal apabila pihak sekolah meminta anaknya bertukar ke sekolah lain selepas didakwa bergaduh dengan seorang pelajar lain di sekolah yang sama, di sini, semalam.

Zulaimin Dollah mendakwa, lebih malang apabila hanya anaknya, Muhammad Syahir Aiman, 16 diminta bertukar ke sekolah lain sedangkan pelajar yang dikatakan bergaduh dengan anaknya itu tidak pula diminta berbuat demikian.

“Saya buntu memikirkan arahan tersebut sedangkan anak saya hanya mempertahankan diri daripada pelajar itu dan bukan sengaja mahu bergaduh di sekolah.

“Sepatutnya pihak sekolah panggil mereka berdua bersama ibu-bapa masing-masing sebelum mengambil tindakan. Bukan senang nak tukar sekolah lagipun anak saya lebih selesa meneruskan persekolahan di sekolah itu,” katanya kepada Sinar Harian
ketika ditemui di Kampung Belukar Kubur, dekat Batu 23, di sini, semalam.

Zulaimin berharap pihak sekolah mempertimbangkan arahan itu dan menyiasat perkara berkenaan sebaik mungkin serta tidak mengambil tindakan terburu-buru.

Katanya, Muhammad Syahir Aiman diminta datang ke sekolah hari ini bagi mengambil surat pertukaran sekolah yang dimaksudkan guru berkenaan.
Kesal anak diminta tukar sekolah
Sementara itu, Muhammad Syahir Aiman ketika ditemui berkata, kejadian berlaku pada Rabu lalu apabila dia diminta pergi ke surau sekolah oleh pelajar tingkatan lima namun tidak menghiraukannya dengan alasan ingin ke kantin.

Dakwanya, dia tidak mengenali pelajar terbabit dan apabila pergi ke surau yang dimaksudkan, dia dipukul oleh pelajar berkenaan dengan alasan berlagak ‘samseng’.

“Saya terpaksa mempertahankan diri saya dari terus dipukul dengan teruk dan pergaduhan itu dileraikan pekerja sekolah yang ternampak kejadian itu. Selepas mendapatkan rawatan di hospital, saya dan keluarga membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

“Malangnya, pada keesokan hari dia (pelajar tingkatan lima) masih mencari dan memukul saya. Saya buat aduan kepada guru namun dipersalahkan dengan alasan bergaduh di sekolah dan diminta bertukar ke sekolah lain,” katanya yang mendakwa tidak tahu punca sebenar  dipukul.

sumber sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen jika sudi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen