Tinggalkan pesanan anda di sini!

Ahad, 8 Februari 2015

Ibu tunggal maut ditanduk kerbau




Mayat mangsa dibawa oleh polis ke Hospital Segamat.

SEGAMAT - Seorang ibu tunggal yang sedang menoreh getah di Kampung Mensudut Pindah, Batu Anam, di sini, maut apabila dia ditanduk seekor kerbau betina dalam kejadian kira-kira 11 pagi semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Rosnani Wahid, 46, dikatakan cuba menghalau haiwan tersebut daripada kebun getahnya kerana bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini.

Seorang saksi berkata, apabila mangsa menghampiri haiwan tersebut, kerbau berkenaan bertindak liar dengan menanduknya di perut sehingga jatuh ke tanah.

"Kerbau tersebut kemudiannua terus menanduk mangsa yang terjatuh sehingga menyebabkan dia mendapat kecederaan parah di kepala dan badan.

"Beberapa penduduk kampung yang melihat kejadian itu membantu menyelamatkan mangsa tetapi malangnya wanita itu sudah meninggal dunia dengan keadaan berlumuran darah," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintenden M Anuar Ismail mengesahkan kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh warisnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen jika sudi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen