Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Ahad, 8 Februari 2015

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN) 2015

06 February 2015
Salam Sejahtera,
 
YBhg. Tan Sri/Datuk Sri/Datuk/Dato’/ Tuan/Puan,
 
PELAWAAN MENYERTAI ANUGERAH INOVASI NEGARA 2015
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang menganjurkan Pertandingan Anugerah Inovasi Negara (AIN) 2015. Oleh itu, MOSTI  ingin menjemput semua rakyat Malaysia khasnya pihak Jabatan, Agensi Kerajaan, IPT dan Sekolah-sekolah di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyertai pertandingan ini. AIN yang bermula sejak 2006 bertujuan untuk mengiktiraf hasil inovasi dan kreativiti yang menjana idea, ciptaan dan produk baru dalam sains dan teknologi serta menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara. 
 
3.         Bersama-sama ini disertakan salinan surat jemputan, iklan dan borang permohonan AIN 2015 untuk diwar-warkansecara meluas  bagi mendapatkan lebih banyak penyertaan. Borang permohonan juga boleh diperolehi di laman web MOSTI (www.mosti.gov.my).
 
4.         Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi Urus Setia AIN 2015 seperti berikut :
                                                            
YBrs. Dr. Wan Manshol bin W. Zin/Puan Fairuz binti Faisal
                        d/a Agensi Nuklear Malaysia
                        Tel       : 03-8911 2000  ext. 1871
                        Emel   : ain2015@mosti.gov.my
 
5.         Borang serta maklumat permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada Urus Setia AIN 2015 selewat-lewatnya pada 20 Mac 2015, jam 5.00 petang di alamat berikut:
 
                        Urus Setia Anugerah Inovasi Negara 2015
                        d/a Agensi Nuklear Malaysia
                        Bangi 43000, Kajang
                          Selangor Darul Ehsan
                          (u.p: Dr. Wan Manshol bin W. Zin / Puan Fairus binti Faisal)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen jika sudi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen