Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Selasa, 19 Mac 2013

e-Gtukar dibuka 1 April 2013 Sesi Jun 2013 | Syarat dan kriteria pertukaran dalam daerah

 

KRITERIA PERTUKARAN DALAM NEGERI (ANTARA DAERAH)
 
BAGI GURU SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2013/2014

Perkara-perkara yang diberi perhatian dalam mempertimbangkan setiap permohonan pertukaran adalah seperti berikut:-


1. Kes Sakit

1.1 Pemohon sendiri atau keluarga nukleus (anak/suami/isteri) pemohon mengalami sakit kronik. Perlu ada surat pengesahan daripada doktor kerajaan bahawa pesakit perlu mendapat rawatan pakar. Sijil sakit/laporan kesihatan yang dikemukakan hendaklah untuk tahun semasa.

1.2 Pemohon masih bujang dan mempunyai ibu/bapa yang mengalami sakit kronik. Perlu ada surat pengesahan daripada doktor kerajaan bahawa pesakit perlu mendapat rawatan pakar. Sijil sakit/laporan kesihatan yang dikemukakan hendaklah untuk tahun semasa.

2. Kes Ikut Pasangan

2.1 Pemohon perlu ditukarkan tempat bertugas kerana suami/isteri ditukarkan tempat bertugas atas kepentingan perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.2 Pemohon memohon pertukaran mengikut pasangan di Bahagian yang lain. Salinan surat pengesahan majikan suami/isteri pemohon wajib disertakan.

2.3 Bagi penempatan pertama, pemohon hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun di stesyen pertama sebelum layak dipertimbangkan permohonan untuk berpindah mengikut pasangan.

2.4 Salinan surat penempatan pertama dan lain-lain surat pertukaran perlu dikemukakan bersama permohonan.

3. Kes Ikut Tempoh

3.1 Kelulusan adalah tertakluk kepada kekosongan opsyen dan jawatan di sekolah/daerah yang dipohon dan menepati keperluan perkhidmatan

3.1.1 Dapat mengisi kekosongan jawatan bagi opsyen guru yang bertukar keluar dan memenuhi keperluan kemahiran-kemahiran tertentu seperti pemulihan, pendidikan khas, kaunseling, penggunaan teknologi dan sebagainya.

3.1.2 Tanggungjawab mengajar opsyen mata pelajaran berkenaan dapat diganti oleh guru lain.

3.2 Salinan surat penempatan pertama dan lain-lain surat pertukaran perlu dikemukakan bersama permohonan.

3.3 Bagi penempatan pertama, pemohon hendaklah berkhidmat selama sekurang-kurangnya genap 4 tahun di stesen sekarang atau genap 3 tahun jika stesen adalah di kawasan pedalaman.

* Untuk melayakkan tuntutan bayaran perpindahan dan pertukaran seperti pada Arahan Pegawai Pengawal (APP) Tahun 2013 : Peruntukan Belanja Mengurus (B41), Kementerian Pelajaran Malaysia, Pekeliling JPA(S)63/163(30) bertarikh 23 Ogos 1994 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil.4 Tahun 1995.

4. Kes Lain-Lain

Permohonan yang tidak termasuk dalam kategori 1 – 3 akan dipertimbangkan berdasar merit kes tersebut.

5. Pertukaran Yang Dilarang
[Selaras Dengan Surat Pengarah, Bahagian Sekolah bil.KP(BS/PSR)8502/01/012/(21) bertarikh 15 Ogos 2005]

5.1 Pegawai berprestasi rendah atau yang mempunyai masalah tatatertib tidak boleh ditukar sehingga masalah tersebut diselesaikan, kecuali pertukaran itu merupakan sebahagian daripada langkah pemulihan atau proses tindakan tatatertib ke atas pegawai berkenaan. Tindakan menukarkan pegawai berprestasi rendah atau bermasalah tatatertib adalah tidak wajar dan tidak adil kerana tindakan itu dianggap sebagai memindahkan masalah pegawai kepada organisasi lain.

5.2 Pegawai yang sedang bercuti tanpa gaji/cuti belajar/berkursus/dalam latihan adalah tidak layak memohon.

5.3 Guru Lepasan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) tidak dibenarkan memohon pertukaran sebelum genap tempoh perkhidmatan 3 tahun sebagai guru terlatih, mulai dari tarikh lantikan beliau sebagai guru terlatih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen jika sudi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen