Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Rabu, 3 April 2013

Isu Kajian Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Guru telah diarahkan mengisi kajian TMK ini pada Januari 2013 seperti yang tercatat di dalam gambar di atas dan tarikh akhir adalah pada 30 januari 2013. Setelah hampir 4 bulan berlalu, hari ini kami sedikit terkejut apabila pentadbir menulis nama guru yang telah mengisi kajian TMK ini dan bilangan guru tersebut kurang dari 20 orang daripada 60 lebih guru di sekolah Shaz sesi petang.

Ramai yang terkejut dan terpinga-pinga kerana bagi kami kajian TMK ini telah lama kami tutup buku. Kami sudah jawab dan siapkan pada Januari. Jawapan dari pentadbir, mereka tidak tahu apa-apa. Nama guru yang telah siap mengisi kajian TMK ini diperolehi dari emel yang dihantar. 

Shaz sendiri terkejut kerana Shaz telahpun mengisi kajian TMK ini bersama rakan-rakan guru lain. Kami menjadi saksi sama lain bahawa kami telah sama-sama menyiapkan tugas yang diberikan ini. 

Akhirnya, malam ini, sekali lagi kami mengisi KAJIAN TMK. bermakna kali kedua isi. Jadi untuk keselamatan, Shaz telah print screen semua page yang Shaz isi termasuklah nama dan nombor kad pengenalan beserta satu page penting di bawah. 

   

Jika nanti, nama-nama kami sekali lagi dikaitkan dengan kisah 'kerja tidak siap' , kami ada bukti yang kami telah menyiapkan.


2 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Saya selaku pentadbir sistem untuk Kajian tersebut ingin tanya sekiranya cikgu dah isi kajian tersebut. Sila berikan KP cikgu agar pihak kami boleh verify dan memaklumkan balik kepada cikgu. Sila email kepada mohdssa@gmail.com, terima kasih

    BalasPadam
  2. salam tuan,

    terima kasih kerana sudi bertandang dan meninggalkan komen di blog sy yang tak seberapa nih.

    pasal isi ke tidak kajian di atas tu tak mengapalah. pentadbdir dah dapat senarai nama guru yang tercicir (dah isi tapi dalam sistem tiada).

    anyway...sy takkan bagi num ic kepada orang yang tidak dikenali. takde bukti pun tuan ni pentadbir sistem. maaf ye.

    BalasPadam

Tinggalkan komen jika sudi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen