Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Khamis, 4 April 2013

Masih belum lengkap APDM !!!

 

Guru sebenarnya diarahkan untuk menyiapkan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) ini bermula awal tahun 2013 lagi dengan tarikh akhir pertama (ibarat kata last warning pertama) adalah pada 15 Januari 2013. Shaz rujuk beberapa blog dan di dapati ada guru telah update mengenai APDM ini pada tarikh 1 Januari 2013.

Aplikasi Pangkalan Data Murid(APDM) merupakan satu pangkalan data utama bagi data murid. Ia mengambil kira profil murid dan juga penjaga. 

Mulai 1 Januari 2013, Murid-murid tahun 1 dan tingkatan 1 yang telah mendaftar menggunakan edaftar rendah dan edaftar menengah APDM hanya perlu dikemaskini kelas oleh Administrator APDM sekolah. Guru kelas hanya perlu mendaftar murid baru yang tiada dalam senarai. 

Enrolmen dan maklumat murid bagi sesi persekolahan 2013 perlu dikemaskini sebelum 15 Januari 2013 untuk keperluan pentaksiran (SAPS, SPPBS dan pendaftaran UPSR) dan bantuan murid.
Mungkin oleh kerana data murid sangat-sangat tidak lengkap di seluruh negara dan semua negeri di Malaysia ini, maka tarikh APDM kedua dikeluarkan pada 24 Januari 2013 (ibarat kata last warning kedua). Ada juga sekolah yang mempercepatkan tarikh last warning kedua kepada 23 Januari 2013. 

Bila Shaz dan rakan guru dimaklumkan untuk mengisi APDM? Kami dimaklumkan perlu mengisi APDM pada 22 Januari 2013 di kala orang lain dan sekolah lain mungkin sudah siap 80%. Kami pula baru nak bermula dari 0%. Jadi, Shaz dan rakan-rakan pulun habis-habis sampai ke pukul 3-4 pagi untuk melengkapkan APDM dan kami dapati tarikh akhir kemaskini (last warning ketiga) adalah pada 25 Januari sebenarnya.
Enrolmen dan maklumat murid bagi sesi persekolahan 2013 perlu dikemaskini sebelum 25 Januari 2013 untuk keperluan pentaksiran (SAPS, SPPBS dan pendaftaran UPSR) dan bantuan murid melalui laman http://sekolahmalaysia.com/.
Alhamdulillah, Shaz dapat siap kemaskini dan mengisi maklumat pelajar kelas Shaz pada 24 April 2013 tetapi dengan peratus siap dalam 95%, bukan 100%.

Kemudian, 1 April 2013 Shaz dan rakan-rakan lain diberi satu notis untuk melengkapkan maklumat ibubapa terutamanya bahagian tanggungan dan pendapatan sebelum 5 April 2013. Menurut pihak sekolah, hanya 2 kelas sahaja yang lengkap 100% APDM manakala kelas yang lain tidak!

Apabila Shaz masuk ke sistem APDM di dapati tarikh akhir (last warning ke empat) adalah pada 1 April 2013 tetapi hingga saat Shaz mengadap blog ini, data masih lagi boleh diisi.
 Mohon pengemaskinian maklumat ibu/bapa/penjaga untuk permohonan Bantuan/Biasiswa (sila beri keutamaan kepada permohonan baru) sebelum 1 April 2013.http://sekolahmalaysia.com/.

Terus terang Shaz katakan, selepas mengisi data pada 24 Januari 2013, Shaz terus tutup cerita APDM kerana ingin menumpukan kepada tugasan yang lain dan apa yang Shaz ingat, pada tarikh tersebut, muka APDM adalah seperti di bawah ini dengan info murid, info bapa/ penjaga pertama dan info ibu/penjaga kedua



*gambar di atas diambil dari Manual APDM.

Baca manual di sini  

Malam 1 April, Shaz masuk ke sistem APDM dan di dapati ada perubahan menu seperti di bawah -: murid, bapa,ibu,bapa/penjagautama,ibu/penjagakedua. Penambaikbaikkan yang dilakukan oleh pihak APDM memang sangat bagus. Ini kerana semasa Shaz mengisi maklumat pada Januari, Shaz terfikir beberapa masalah jika ada kes ibubapa yang bercerai, yang meninggal dan juga yang menghilangkan diri.
 

 Menu tambahan iaitu Bapa dan Ibu (maklumat mengikut Rekod JPN)  memerlukan guru kelas mengemaskini status ibu dan bapa pelajar seperti gambar di bawah. Jadi, memang wajar menu ini diperkenalkan.



Namun, masalahnya guru kelas tidak diberitahu mengenai tambahan menu ini dari awal. Semua ibu dan bapa pelajar kelas Shaz belum dikemaskini status masing-masing pada 1 April lepas dan malam ini, barulah Shaz siapkan semua status ibubapa. Mungkin itulah yang dimaksudkan pentadbir bahawa Shaz belum lengkapkan APDM.

95% siap. Masih ada lagi yang belum siap. Kenapa? Shaz tidak dapat kemaskini maklumat murid pada tarikh kemasukan sekolah semasa. Klik tarikh dan klik kemaskini tetapi tidak dapat disimpan untuk beberapa orang pelajar. Jika berterusan begini, maknalah ruang di situ terus tidak lengkap sampai hujung tahun.



Tiada kredit untuk menelefon bertanyakan admin APDM. Admin tolong telefon Shaz  boleh ke?

Ops sebelum terlupa, penambaikan APDM yang lain adalah dengan menghantar makluman APDM melalui nombor telefon bimbit guru dan juga emel. Shaz mengisi kedua-dua ruang tersebut untuk mendapatkan makluman terbaru APDM dan juga bagi mengelakkan diri ini terasa seperti berada di sebuah sekolah di pendalaman Kinabatangan Sabah yang tiada apa-apa kemudahan komunikasi hinggakan sentiasa tertinggal info penting dan berguna mengenai APDM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen jika sudi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen